Monday, October 25, 2010

misi mencari

memandangkan segalanya sudah selesai, maka bermulalah pula misi aku iaitu misi mencari!!

ape yang aku cari??

aku sedang mencari pekerjaan. aku bukanlah seorang yang memilih pekerjaan, tapi kalau dah tak ada kerja tu macam mana ek? apa2 kerja pun aku tak kisah sebenarnya..

buat masa ni aku sedang mengusha-usha kerja di taska. almaklumlah aku sangat sukakan kanak-kanak. hihi..comel... so aku pun tak kisah andai degree aku tu hanya terperuk dalam fail sijil2 dan tidak digunakan..

patut ker?

ah..patut tak patut.. janji aku buat apa yang aku suka. lagi pun sekarang ni kita (graduan2) tak leh nak milih sangat kerja-kerja ni..tol x??

apa yang ada kita rebut je.. jgn nk memilih sgt. lom tentu apa yang kita nak tu tercapai..

so aku perlu meneruskan lagi misi aku untuk mencari kerja..

sekian... =)

Saturday, October 23, 2010

destinasi cinta (5) ~ kini aku miliknya


setelah hampir berbulan aku tak update ape2 dlm blog kesayangan aku ni, hari ni buat pertama kalinya setelah bergelar isteri kepada si dia aku menulis sesuatu yang pastinya untuk melepaskan giat menulis dalam blog ni... tiada kata indah yang mampu aku lafaskan untuk menggambarkan betapa aku tersangat bahagia menjadi isterinya. lelaki yang benar2 sabar dan tak banyak kerenah...

bercerita tentang persiapan yang berlangsung tempoh hari...

aku mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara mara jauh dan dekat yang banyak membantu.. tanpa kalian xknlah berjalan majlis tersebut dengan jayanya... buat hubby ku.. next weekend ni majlis tempat kamoo semoga kamoo tabah menghadapi dugaan yang mendatang. banyak kerja nak kena buat..

majlis akad nikah berlangsung seminggu awal sebelum majlis persandingan jadinya keadaan tidaklah terlalu huru hara..segalanya berjalan lancar. pada hari majlis juga tiada yang dapat ku katakan selain kesyukuran yang teramat kerana segalanya berjalan lancar tnpa ada apa2 masalah..

itu tempat aku..hope tempat hubbyku nanti juga begitu..almaklumlah pertama kali.. kami dari sini akan ke sana satu bus tau..so jgn mcm2..hehe.. joke only...

ok la..next time aku cerita lagi..skrg destinasi cintaku sudah sampai keperhentian yang pertama.. semoga perhentian yang seterusnya aku dan si dia akan mampir untuk menjadikan perhentian seterusnya suatu realiti...