Thursday, March 31, 2011

aku tak akan pernah menang!!!!!

itulah hakikatnya. aku tak kan boleh menang. kerana ini adalah rumahnya. aku hanya isterinya. aku hanya menantu dalam rumah ini... aku sedar hakikat itu. inilah ragamnya asam garamnya duduk dengan mertua.. aku dah laluinya... mujurlah mertua aku tersangat baik... alhamdulillah...

semoga aku semakin tabah dan diberikan kekuatan yang cukup oleh Allah s.w.t. semoga ini adalah permulaan yang baik.. semoga aku kuat hadapi dugaan hidup dengan keluarga mertuaku, dengan ipar2ku, dengan suamiku...aminnn...

Tuesday, March 29, 2011

nak baby!!!!

assalamualaikum...

entry kali ni aku ingin sekali mengungkapkan yang aku nak sangat baby... ramai yang sudah bertanya bile nak dapat baby? dah ada isi ker? dah berapa bulan skrg ni? naik stress aku dibuatnya... bukan aku dan suami tidak berusaha, tapi belum rezeki lagi... sabarlah wahai insan yang bertanya. siapalah yang tak nak anak kan? lagi2 mcm kami yang baru berkahwin ni...

semalam mertua aku cakap "tunggu kamu tak beranak2.." tersentak juga. aku tahu semua org menantikannya. malah aku sedar suamiku anak sulung dan kehadiran cahaya mata sememangnya dinanti2kan.. tapi bersabarlah...

aku dan suami juga sedang bersabar menantikan berita gembira di mana bila saatnya aku disahkan hamil nanti. sekarang mungkin belum lagi, tapi nanti2 siapa tahu..kn???

bukan kami tidak mahu anak, tapi rezeki belum ada lagi. bila mendengar teman2 yang berkahwin kendian dari aku kini sedang hamil terus terang aku katakan aku sememangnya cemburu. bukan cemburu yang sedikit, tapi banyak sgt!!! lagi2 bila mereka yang telah berkahwin sebelum aku kini sudah punya anak yang semakin membesar... masuk 5bulan, masuk 2bulan. arggghhh!!!! tersangat jeles dan tersangat nak baby!!!

lesen memandu



lama aku tak conteng2 blog aku ni kan?aku very buzy last week... after balik dari kampung jenguk ayah aku sakit ari tu aku terlalu sibuk dengan lesen memandu aku.. maklumlah dah tua2 baru nak amik lesen.. ha..ha..ha...

ari selasa lepas balik kg aku amik ujian undang2 untuk melayakkan aku mengikuti bengkel motosikal dan kereta. tau aku dpt berapa time ujian undang2 tu? alhamdulillah.. lepas mkn je 45/50... ok la tu kan...

ari rabunya en. rashid guru memandu aku call untuk pegi bengkel kereta... sehari jugak la aku kt metro driving academy tu.. ptg kul 6.30 aku dah kt umah.. sibuk pulak urus umah... dua tiga ari pas tu en. rashid call lagi... pegi bengkel motosikal pulak. seharian lagi aku kt metro driving academy tu untuk ari sabtunya pulak...


sekarang aku sedang menunggu untuk lesen L la ni.. supaya aku boleh buat latihan pulak. 8jam untuk kereta dan 10jam untuk motosikal. sekurang2nya...

apa yang nak aku ckpkan tentang metro driving academy ialah servisnya... cukup2 tiptop!!! dengan suasana yang menarik. tempat yang mesra alam. kira berbaloilah aku bayar mahal sekalipun.. yelah sekali seumur hidup kan amik lesen ni..hi..hi...


dengan tandas, tempat solat, kantin, makanan, tempat belajar, litar memandu semuanya 100% memuaskanlah... cekgu2nye pun ok.. maybe this week aku dapatlah lesen L yang aku tunggu2 tu.. tak sabar nk ada lesen. pas ni senang la nk kemana2kn? xpayahlah hubby susah payah temankan lagi..sian hubby...hihi..

Tuesday, March 22, 2011

...kisah kasih...


by pakcik gugel


ada enrty yg ingin aku kongsi bersama kalian.. actually aku baru balik dr kg. jenguk ayah aku sakit masuk hospital. sebab kencing manis n dua daripada lima jarinya kene potong.. sedih mmg sedih kasihan mmg kasihan. nak buat mcmane kn.redha jelah dugaan yang dtg...

nk dijadikan cerita, selama ayah aku kt wad tu tlalu banyak yang terjadi.. kisah jiran2 katil ayah aku la.

kisah 1.

macik tu baru 3hari kuar dr wad dah kene duk semula dlm wad sebab tunggu suaminya yang accident. aku tersangat kasihan kt macik tu. sebabnya makcik tu baru 3 hari kuar wad sebab potong jari juga gara2 kencing manis yang dihidapinya, tapi duduk semula dlm wad sebab jaga suaminya.. yang peliknya mana anak2nya yang ramai tu. makcik tu cerita kt mak aku dia ada 15 org anak n 80 org cucu. 4 surelah anak2 n cucunya da besar panjang. xkan tergamak biarkan maknya yang sakit tu tunggu/jaga ayahnya yang sedang terlantar??? kasihan sgt. sehari sebelum ayah aku dibenarkan pulang makcik tu jatuh bilik air. mak aku yang tolong. bila nurse check kandungan gula kurang. sian makcik tu. xcukup rehat. sampai bengkak2 kaki tunggu suaminya. anak2 n cucu2nya???entahlah... tak dpt dikesan. walau da ditelefon jawapan yang tersangat menyakitkan hati.. "..itu urusan ayah dengan makcik...!!"kejamkan?even makcik tu mak tiri dia tetap perlu dihormati dan dilayan seperti ibu kandung sendiri.. geram pulak aku.

kisah 2.

kisah yang kedua lebih menyayat hati kerana pakcik tu sakit juga gara2 diabetis(kencing manis), kakinya dah busuk tapi anaknya langsung tak ambil tahu walau duduk serumah. eh, ko tak bau busuk ker? pakcik tu masuk wad beberapa jam sebelum ayah aku kuar semalam. tu pun anaknya yang lain yang hantar.. mmg satu wad bau busuk kaki pakcik tu, kesian sgt. aku tak sampai hati tgok muka pakcik tu.

kisah 3.

dua hari makcik tu tak makan. sebab takut sesat n tak jumpa katil suaminya kalau dia kuar pergi kanting. kesian kn.. yelah org da tua ingatan tidak la sekuat kita yang masih muda ni. org tua la katakan, kan.. mujur mak aku ada, mak akulah yang tolong makcik tu belikan makanan. anak makcik tu ada dua org je... masing2 duduk jauh. suami masuk wad tak tau punca maybe diabetis jugak kot. suaminya macam da nyanyok aku tgok kn..

seribu satu macam masalah kat hospital ni kan.. nama pun hospital. ikhtibar dari kisah2 ni semua, jenguk2 la ibu dan ayah anda. telefon2 la selalu bertanya kan khabar. jgn nanti anda2 semua hanya dpt pangilan yang mengatakan ibu atau ayah anda sudah tiada di dunia ini... masa tu semuanya dah terlambat. tak ada gunanya lagi... tahukah kalian bahawa melihat wajah ibu dan ayah kita seumpama kita melihat syurga dan dijanjikan pahala. kan mudah je nak dpt pahala percuma. sekadar melihat wajah ibu dan ayah sahaja...

so pada sesiapa yang belum menelefon ibu dan ayah atau belum menjenguk mereka sila2lah lakukannya..sebelum terlambat...

Friday, March 18, 2011

try urut reflek... best..!!!

hari ini mama aku ajak g urut reflek. narnya lama dah kami tak g urut reflek tu, yelah sejak uptown banting tu tutup... nk pegi cm ne kn. tetiba pagi tadi my mama ajak pegi, rupanya makcik urut reflek tu dtg rumah kawan mama. tu yang kami pegi tu. dah di ajak so pegi ajelah.. kaki aku pun tengah sakit2. jadi kejar jelah.. aku bercadang nak urut kt kg nanti.. sebab esok nk balik kg.. jenguk my dad kt hospital. actually mama tu my mother in law.. hihi..

nk cerita pasal refleksologi tu, ni kali kedua aku urut reflek ngan makcik urut tu... 1st time kene urut, mak ai!!! Allah je tau sakit cam ne... mengalir gak la air mata aku ni, mulut tok sah ckp la mmg bising gile..ha..ha..ha..

(by pakcik gugel)

bila dah kali kedua, sedap je rasanya... tak sesakit 1st time kena urut dulu... agaknya urat2nya dah longgar, tak tegang lagi.. tu yang tak sakit sangat tu..

(by pakcik gugel)

tadi sebelum urut reflek tu, kaki aku di rendam dulu dengan air suam + garam. garam bukit lg elok katanya. tapi makcik tu kata garam biasa pon ok gak. garam yang makcik tu punya tadi dah di bacakan yassin katanya...

sedap gak rasenya..ringan je lepasnya tu... alhamdulillah.. next month nk g urut lagilah.. sedap lak lelama.. sakit tetap sakit. tapi aku respek la kat mama aku tu, rileks je... muka pun slumba je. tak sakit langsung katanya... aku plak yang rasa sakit n gelinya tu... ha..ha..ha..

(by pakcik gugel)

so bg sesiapa nk try g la.. sedap sebenarnya urut reflek ni. selain melancarkan aliran drh dlm badan kita. badan pun rase ringan je lepasnya tu nanti.. so selamat merasai keenakan urutan reflek ni ye..

Tuesday, March 15, 2011

finally..

akhirnya mulai hari ini aku akan dapat selalu update blog kesayangan aku ni...
rumah dah ade strmyx..hihihi..sgt happy..
thnks to my beloved hubby..
sebenarnya aku bru je balik dr umah akak aku kt gombak..
amik leppy ni la.. sian akak aku xde leppy da..
anyway ni leppy aku ok..last month dia pinjam leppy aku ni sebab leppy dia rosak..

so start from today aku akan sentiasa mengupdate ini blog ok.. so ape lg...have a nice day!!!!

Sunday, March 13, 2011

sungguh ku rindu itu...

bila dengar lagu ni rasa rindu yang teramat sgt kt rumah..segala2nya yang ada kt rumah aku rindu..lama rasanya xbalik kg... rindu suasana rumah waktu pagi dan petang..cukup indah untuk dihayati keindahannya.. bila mlm kedinginan yang mendamaikan...ohh..miss my home very much!!!

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x )

bunyi angklung yang mwndamaikan..tapi kejap je..huhu..really miss my adik2 my abg2 n my kakak2... rindu untuk berkumpul dan bercerita tentang itu dan ini bersama2...ketawa bersama2...menangis bersama2...bila dpt mcm dulu lg???