Saturday, July 31, 2010

destinasi cinta (1)

seperti selalunya aku hanya duduk di rumah seorang diri... semua kije..aku masih belum bekerja lagi..apa yang ingin aku kongsikan hari ini adalah mengapa aku masih tidak bekerja walaupun sudah hampir 4bulan aku duduk sesaja di rumah..

sebenarnya aku akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 10 nanti. dek kerana aku malas mahu cuti2 bila sudah bekerja nanti, maka aku pun amik keputusan akan mula bekerja sebaik saja segala urusan perkahwinan aku selesai kelak..atau dengan mudah katanya lepas aku konvo.. bleh kew???

aku sudah menempah andaman kerana aku tak mahu buat kerja last minute... kalian ingin tahu pakej berapa ribu yang aku ambil??? RM2150 termasuk pakej kamera...
*pelamin
*bilik tidur U
*meja makan berdamai U
*solek 2 kali
*eksesori pengantin
*baju sanding sepasang
*kamera 3 roll ada outdoor

tu jelah kot pakej yang aku minta... minggu lepas juga aku sudah membeli sedikit demi sedikit keperluan yang perlu like beg, cenderahati, rozet, bunga telur, pahar gantung... actually aku dah survey bunga telur yg cucuk2 tu.. harganya mahal pulak. so aku nekad amik bunga telur yang gantung2 tu..hehehe..menarik kot.. murah pon murah... 3kotak RM100 je..means ade 150 buang telur gantung...

barang2 hantaran aku dah banyak beli.
*kemeja dan seluar
*tuala
*kasut
*kain pelekat
*wallet dan belt
*sejadah

tu jelah kot yang aku dah beli..tema aku untuk hantaran kali ni adalah menggunakan tema bakul.time tunang dulu aku guna kotak je. kotak plastik tu..

warna pulak aku bercadang mahu menggunakan tema hijau putih.. ooopppssss.... xde kene mengena dengar politik yer..jgn salah sangka.. aku memang suka warna hijau.. so, tu la temanya..



Friday, July 30, 2010

kenangan zaman pembikinan video klip kau aku..

semua tu terjadi sewaktu aku berada di tahun akhir di UPM. susah payah aku menghasilkan sebuah video klip yang menarik walau tidak semenarik kumpulan teman-teman yang lain. dalam kelas multimedia pelbagai ilmu baru yang aku pelajari. tentang persahabatan, kerjasama, kesusahan, kepayahan. namun semua itu aku berjaya lalui, yang lebih menggembirakan aku berjaya mendapat gred A untuk subjek tersebut.

teman-teman lain sibuk balik kg, enjoy, aku memerap dalam bilik mengedit dan menyunting hasil kerja supaya menjadi sebuah video klip. sukar untuk aku gambarkan. segala kenangan yang tercipta tidak semudah itu hendak ku lupakan. aku terlalu gembira dengan penghasilan video klip tersebut.

selain itu setiap sem pasti membawa kelainan dalam setiap subjek-subjek yang ditawarkan. sewaktu aku berada di sem 4 aku telah dilantik menjadi CEO sebuah syarikat kecil yang kami tubuhkan sendiri. betapa sukarnya memegang sesuatu jawatan yang amat2 memerlukan pengorbanan kita sebagai ketuanya. segalanya aku lalui dengan jayanya pabila di akhir aku mendapat gred A. alhamdulillah..bukan membangga diri tapi itulah hasil susah senang aku menempuh hidup di bunia hijau UPM.

buat dr normaliza abd rahim..terima kasih banyak2 atas segala tunjuk ajar yang telah dr berikan...

Thursday, July 29, 2010

menu tengahari

dari pagi tadi fikir nak masak apa untuk lunch nanti... almaklumlah aku sekarang tengah praktis untuk jadi suri rumah sepenuh masa kn..ahakz... gewdikz je.. done ke nk jadi suri rumah nanti...??? anim..anim...

so..ni la yang aku masak setelah berjam-jam fikir.. actually bila nmpk je ikan caru ni hanya terbayang dikepalaku bakar. yup buat ikan bakar ceceh air asam. fuh!!! mantap la beb..tapi tulah masalahnya... aku xde mood nk buat ikan bakar. so aku pon masak la asam pedas kaw2 punye... bakal mak mertua aku kata asam pedas org johor sedap...entahlah aku pon xsure... aku pon xpernah lagi masakkan asam pedas utk bakal mertua aku, so tak taulah..

syurnya ialah sawi masak lemah. sawi masak lemak?hehe..korg penah makan x?aku baru 1st time ni masak sawi masak lemah..slalu sawi ni org buat hijau2 dalam mee ke atau tumis je..tapi aku masak lemak beb..ahakz...
tapi, mak aku kata sedap beb... sawi masak lemak... entah aku pun xmkn lagi.. aku akan makan bila semua org dah makan.(petua nk sedapkan makanan-by aku..hehehe) pahit leh wt ubat kata mak aku..hantam sajalah..janji mak aku kata sedap sudahlah kn3???


something to know

mowning allz... semoga pagi nilebih ceria n happy dari selalu.. narnyer pagi2 lagi da kompius2.. aku baru je tamat pengajian kt upm... dan sekarang ni sedang menanti tarikh konvo. so result tuk final sem sudah pun keluar, aku tengok dalam e-smp saje. so aku tak lg tgok the real result. so dlm FB dorg suh amik kt BHEP..so perlu kew amik kt BHEP tu? ade member kt xpayah amik coz nnti time konvo kita akan dpt ful transkrip dr sem 1 sampai sem 6.

ade plak yg len kata kene amik.. tsranskrip tu memudahkan kita nk minta kije.. aku pun masih menganggur kn.. entahlah..cm jauh je upm tu kn..hakhakhak...

so pd sesiapa yang tau ape2 info pasal ni leh la bgthu ye... perlu kew aku amik transkrip final tu kat BHEP. .?

Wednesday, July 28, 2010

perlu kewr??

tadi bukak laman web upm.saje melepaskan rindu pada upm..tup2 ada pengumuman supaya pelajar2 yang akan konvo bulan 10 nanti supaya mengemailkan gambar berukuran 4cm x 5.5cm. eh, cm mane ek ukuran gambar tu?napelah tak cakap ukuran pasport ke? 3R ke? 4R ke? kn senang kit kerja aku..poyooossss je aku ni..pandai2lah nk ukur kn..mengade je lebih aku ni kn???

gambar tu adalah untuk sistem pemaparan nama graduan time kita konvo nanti... so aku tersangatlah excited nk hantarkan softcopy. nk bg gambar cun2 gitu..ahaks..gewdiks jer...

so pada sesiapa yang berkenaan sila2lah segera ke laman utama upm dan clik pada konvokesyen upm ke 34 yer???


yang terindah

aku nak melayan lagu ni kejap..eh lamalah..rase bahagia sgt bile dgr lagu ni..

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


baru...

entry baru?tiada apa yang baru sekadar melafazkan rasa bahagia yang teramat walau ada insan lain yang membuatkan aku menderita kesakitan menghadapi hidup dengannya... semoga satu hari nanti manusia itu pergi jauh dari hidupku...biarkan aku bahagia dengan insan tersayang...

Sunday, July 18, 2010

kerja penganggur terhormat mcm aku....

lama rasanya aku tak mencoretkan segala macam perasaan aku dalam blog aku yang kononnya menjadi teman aku untuk mencurahkan rasa isi hati... sekarang ni, aku merupakan penganggur terhormat yang hanya duduk di rumah sahaja. bila perlukan apa-apa hanya sekadar mengorder saja. maklumlah anak manje yang teramat. (eh..manje ker aku ni?ahakz...)

sebenarnya aku taklah sesaja nak duk umah dan tak mau cari kerja. aku pun sebenarny wt kerja juga kat rumah sekarang ni... jadi suri rumah sepenuh masa.. kononnya nak praktis la..ahakz... tapi kekadang aku juga membantu emak menoreh....

what????!!!!
menoreh???!!!

yeah..aku menoreh..ape ingat orang keluaran U ni tak pandai menoreh ke? beku tak adalah mahal sangat, tapi bila mengambil upah... bila bahagi 2 dengan tuan punya kebun dan bahagi lagi 2 or 3 dengan emak dan abah?wape puluh la aku dapat kan??? tapi baloi la untuk proses menoreh yang hanya mengambil masa sejam sehari... waktu bangkit tempoh hari untuk tempoh lebih kurang sepuluh hari menoreh aku dapatlah RM6o... tu pun selepas dibahagi2kan...

baloikan aku cakap sehari satu jam dan satu jam RM6 beb!!! cuba bayangkan lau menoreh tu 8jam macam kerja office... hehehe..kiralah sendiri... masalahnya pulak kebun getah tempat family aku ambil upah tu tak sampai 8jam nak menoreh..sejam je...hehehe...

la ni musim hujan kat johor... jadi tak dapatlah aku nak menoreh tiap2 hari... kadang2 bila pagi menoreh petang hujan... untung nasib la getah beku tu... kadang-kadang rugi..getah tak jadi beku... dah kena hujan... tapi aku tak kisah sangat... aku ada part time kerja kat umah... masakkan dan membasuhkan baju adik2 aku... kadang2 aku pow dorang... ahakz.. kakak yang nakal...

kadang2 aku tolong emak buat kuih kat rumah jiran sebelah rumah ni..buat rempeyek... buat rempeyek ni kira kilo... 1kg=RM1.40...sehari aku leh wt dalam 17 kg ngn mak aku.. amacam kerja aku sebagai penganggur terhormat??? berbaloi bukan...

itu sajalah coretan hati aku buat masa ni...