Sunday, August 29, 2010

destinasi cinta (3) ~interview perkahwinan~

alhamduillah..hari ni dah 19 hari kita semua menjalani ibadah puasa. semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya... insya Allah...

aku pun sebenarnya rasa lega juga kerana segala macam borang-borang yang perlu di hantar ke pejabat agama daerah telah selesai. urusan yang tersangat mudah dan lancar tanpa ada sebarang masalah yang melanda.

mula-mula hantar borang pada pegawai bertugas- tak ada apa-apa kesalahan yang berlaku.. aku melakukannya dengan sempurna... alhamdulillah...
kemudian ditemuduga- almaklumlah di johor setiap bakal pengantin yang mahu memohon untuk berkahwin akan di interview terlebih dahulu... lega kerana aku berjaya menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan tepat tanpa rasa gugup... soalan pun soalan basic yang selalu kita semua lakukan..mudah sahaja...

nak tau apa soalan yang ditanya?
  • kalimah syahadah beserta ertinya sekali
  • bacaan al-Fatihah
  • rukun nikah
  • niat mandi wajib
mudah bukan..aku pun tidak membuat persedian yang begitu rapi untuk menghadapi sesi temuduga tersebut..hanya niat tawakal kepada Allah saja. aku di interview pun tidaklah terlalu lama, rasanya tidak sampai pun 15minit.. cepatkn? alhamdulillah..

selesai segala urusan pembayaran aku kembali pada si dia... sempat lagi aku buat muka serius nk kenekan dia.. aku katakan padanya yang si dia juga perlu hadir untuk ditemuduga oleh pagawai kat atas.. kecut perut juga dia..memula terdiam... macam tak percaya..aku katanya padanya adalah muka aku ni nampak macam menipu ke? hehehe...

makin lama aku makin suka mengenakan si dia. makin galak aku menyakat si dia. malah aku turut katakan padanya bahawa soalan yang ditanya adalah sangat susah... haha..memang tak tahan tengok muka si dia yang takut. kelakar sangat-sangat...

akhirnya dek tak tahan nak ketawa dan kasian melihat si dia pucat semacam, aku katakan padanya aku hanya bergurau.. dan yang aku dapat adalah cubitan manja yang membahagiakan pada lengan aku..hahaha..kasian si dia...

dan semalam aku sudah menghantarkan semua borang-borang yang aku dapat dari pejabat agama daerah kepada imam nikah kawasan tempat tinggalkanku dan segalanya dah selesai..aku hanya perlu menunggu tarikh untuk menuju DESTINASI CINTA aku...

Sunday, August 15, 2010

destinasi cinta (2) ~borang nikah/akuan bujang

hye allz... aku ade cerita sikit pasal borang akuan status diri.. almaklumlah nk kawen ni byk la pulak kn borg2 yg nk kene isi n cari.. last two week aku dah pegi pejabat agama islam batu pahat untuk amik borang nikah...lama kn peram borang tu.. haha..ni brulah kalut2 nk isi...

so alkisahnya tadi aku suh lah my daddy amik borang tu kt ketua kampung... actually aku tak tau pon borang tu ada pada ketua kg.. so credit tuk kak rosmah (jiran sebelah umah embah) yang telah memberitahu...
my dad da pergi n balik lg. sebab?
sebab kena bwk my ic means kad pengenalan la...ehehe... so bila da bg ic, my dad g la semula umh ketua kg tu semula...

u allz nk tau?i fikir borang tu free.. rupe2nya kene bayo.. yelah menda apelah yang free skrg ni kn... nk berak pon kene bayo.. ye tak??? ooopppssss!!! sory... terlampau suda.. hehe...

tak la mahal tapi agaklah..RM5. tapi ok la...kos cetak katanya. kt borg tu pon memang da ade tulis harga surat akuan tu..so my dad la yg bayo...

so buat sesiapa org johor, nk dptkan borg akuan bujang yg duk kg mcm aku ni leh la dptkan dri ketua kg korg ye...

Friday, August 13, 2010

5 perkara yang kita tengok sudah mendatangkan pahala

huh..pejam celik pejam celik dah 3ramadhan..kejap je masa berlalu kn? ingin aku kisahkan semalam kami sekeluarga berbuka dalam gelap..pasalnye?pasalnya xde elektrik lor.. satu jalan parit botak dan rengit tiada bekalan elektrik... sebabnya kabel kt pencawang di rengit berdekatan dengan balai bomba terbakar..kul 1 pagi gaklah baru elektrik ade..huhuhu... candle light buke kami semalam...anyway today aku nk kongsi menda yang baru aku dapat tadi..actually tau lama da..menda aku ckp ni??arhhh...abaikan! sebenarnya saje nak kongsi dengan geng2 sume... mendanya adalah 5 perkara mudah yang mendatangkan pahala... bulan2 puasa ni elok rasanya kita buat, lakukan dan amalkan..langkah paling mudah merebut pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. insya Allah...
  • MELIHAT WAJAH KEDUA IBU DAN BAPA KITA. sebenarnya melihat wajah ibu bapa adalah seperti kita melihat syurga.. masya Allah begitu mulia kedudukan ibu bapa di sisi Allah s.w.t. oleh itu pada mereka yang jauh dari ibu bapa pulang2lah ke kg halaman, jenguk2 lah mereka sebelum kita menyesal kerana kita sekadar dapat melihat jasad yang telah terbujur kaku...
  • MELIHAT KAABAH. ini satu lagi keberasan Allah yang tiada tandingannya. walau kita tidak dapat pergi menunaikan haji atau umrah namun dengan hanya melihat kaabah Allah telah janjikan pahala pada kita semua... subahanallah...
  • MELIHAT AIR ZAM-ZAM. belum lagi kita meminumnya dan hanya melihatnya Allah sudah memberikan ganjaran pahala.
  • MELIHAT KALAM ALLAH (AL-QURAN). belum pun kita membacanya dan hanya melihatnya pahala sudah diberikan. apatah lagi jika kita membacanya. di bulan yang mulia ini amalam membaca al-Quran adalah sangat2 dituntut.al-quran menjadikan pegangan dan panduan hidup kita. oleh itu, marilah kita sama2 membaca al-Quran.. bukan sekadar dilihat sahaja.
  • MELIHAT LAUT. melihat sambil memuji kebesaran Allah ye teman2 sekalian. saat kita memuji melihat kebesaran Allah kita sudah ditambahkan pahala. segala yang terciptakan oleh Allah s.w.t. adalah sesuatu yang kita tangan manusia sendiri tidak mampu menciptakannya melainkan dengan izin-Nya.
semoga kita dapat bersama2 mengambil ikhtibar dari setiap kejadian yang terjadi di langit dan di bumi... Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di buminya. bukan merosakkan atau membinasakannya. namun yang terjadi kini adalah yang sebaliknya... marilah kita sama2 renungkan dan fikirkan siapa kita di bumi Allah ini... masya Allah....

yang baik datang dari Allah..yang buruk datang dari kelemahan diku ini...