Wednesday, September 1, 2010

destinasi cinta (4)~dugaan oh dugaan~

pejam celik pejam celik da 1 september 2010..sekejap saja masa berlalu.. puasa pun tinggal seminggu je lagi..tarikh aku nikah dengan si dia juga semakin hampir... persiapan nak raya aku tak buat pun lagi.. kuih raye tak beli lagi..nak buat? hehe...bukan malas tp bila dah ada yang senang dan tidak menyusahkan kenapa perlu menyusahkan diri..ye tak?

bercerita tentang tarikh pernikahan aku dan si dia yang semakin hampir ni rase macam terlalu banyak dugaan yang dtg dan pergi.. lepas satu, satu dugaan yang datang.. tapi aku tidak akan mudah patah semangat untuk melawan segala dugaan yang datang tu.. aku kena kuat hadapinya...

kadang kadang aku terfikir juga bahawa dugaan yang datang tu sumenya berpunca dari kesilapan kita sendiri..dari keterlanjuran bicara kita sendiri. bila di fikirkan semula. bukanlah salah orang lain..tapi salah diri sendiri.. mujurlah si dia ni sangat penyabar orangnya. pemberi kata-kata semangat yang tersangat bagus sehingga aku rase teramat bertuah kerana aku adalah wanita yang dipilih olehnya..

thanks kanda cyg kerana memilih dynda... cewah.. jiwang pulok..ahaks!!

pape pun tadi aku dah pegi butik andaman dan mintak mereka pasangkan barang kat bilik pengantin untuk majlis pernikahan yang akan berlangsung lagi 22 hari..insya Allah... doakan agar segalanya berjalan dengan lancar dan tidak ada lagi dugaan yang tahh hapa2 lagi..