Friday, October 14, 2011

cari apartment murah kat cameron

Friday coming again...
tajuk entry tah pape jek..
feel so bored bcoz baby xde.. ayah kate asyik ponteng aje baby ni..
actually baby demam time balik kg.. so baby mc la...

10am aku da siap masak da..
kari telur + kentang (incik suami sgt suke kentang cm omputeh katenya... )
sayur campur = lobak + brokoli + kobis (my mama love these of sayuran)
sotong tumis kering yummy3... my pebret!!

now time 2 bersuke ria dengan tenet...
cari2 apartment utk di sewa... awal bulan 12 nk pegi bersuke ria dengan famili kt cameron highland!!! sgt teruja dan tak sabar nak pegi sejuk2kan badan kat sana... ooopppssss... ade sape2 tau apartment murah? bawah Rm500 utk 3hari 2malam?? just leave ur comment ok...

penat juga walking2 cri apartment tuk disewa kan dalam tenet ni..punyelah banyak sampai jenuh nak pilih, harga semua RM300 atas utk 1hari u!!!!



sgt tak sabar nk mkn stwbery + coklat kt sana nanti!!!


nk beli bunya ros byk2 nk letak dalam bilik... tak sabarnye tunggu bulan 12 ni...

eh korg... actually byk trip kitorg untuk ujung2 tahun ni... weekend ni aku nk ikot incik suami pegi ipoh... end of this month plak nk join gathering kt cherating... so xcited!!
sape2 rase ade kancil cantik n nk ikot kitorg bleh je...

ok la... nnti pape info aku bgthu yer..

Thursday, October 13, 2011

balasan meninggalkan solat 5 waktu


sekadar perkongsian,

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.


Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya,

“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.


6 seksa di dunia

1) Allah mengurangkan berkat umurnya
2) Allah memanyahkan rezekinya
3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6) Allah tidak akan menerima doanya


3 seksa hadapi maut

1) Mati dalam keadaan amat dahaga
2) Mati dalam keadaan lapar
3) Mati dalam keadaaan hina


3 seksa di dalam kubur

1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3) Allah akan seksa hingga hari kiamat


3 seksa dipadang mahsyar

1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang

4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras

Dosa meninggalkan solat subuh
Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia

Dosa meninggalkan solat zohor
Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam

Dosa meninggalkan solat asar
Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)

Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri

Dosa meninggalkan solat isyak
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit.

Allah maha Pengampun lagi maha Mengasihani...
Ya Allah..ampuni kami ya Allah..
hamba terlalu kerdil di sisi-Mu ya Allah...

Saturday, October 8, 2011

tak larat lagi dah rasenye...

penat dah pendam rase ni sorg2...aku perlu luahkan walau pada blog yg tidak mampu untuk memberikan aku ape2 respon pon...

aku nk pindah dari rumah ni!!!!

yes itulah hakikatnya...aku dah tak sanggup nak duk rumah ni lagi menghadap peel2 dan perangai2 yg buat aku semakin terase hati...!

mmg aku tersangat bertuah kerana punye mak mertua yg tersangat baik... aku sgt2 bersyukur...

tapi mcm mane plak dgn ipar2 aku? huh... rasenya aku dah tak betah nak tempuhi smua ni...
kalaulah aku da kerja pasti aku mampu utk duduk umah sendiri walaupun mnyewa...

nk mengharapkan gaji incik suami berapa ajelah... masih lum mampu nak duk mnyewa... ya Allah permudahkanlah urusan kami..kuatkan aku utk sekali lagiiii....

semoga kekuatan itu milik aku dan incik suami....