Showing posts with label kuliah. Show all posts
Showing posts with label kuliah. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

~bengang jer~

hari ni aku nak bercerita sikit pasal kisah aku hari ni...
aku bukan nak sakitkan hati sesape,
aku pun tak nak buat cerita macam-macam.
cuma ni la luahan hati aku sebagai pelajar kepada seorang pendidik.
dan aku tak salahkan semua pendidik.
dan aku pasti bukan semua pendidik macam yang akan aku ceritakan ni...

kisahnya begini...
hari ni kelas aku ada tiga subjek, satunya tutorial, masing-masing sejam-sejam...
pagi tadi aku mintak sorang kawan aku ni tuk call pendidik tu untuk kepastian
samada, ade class atau tidak...
tiga, empat kali baru jwb call...
dia kata ada. macam biasa.
ok aku terima berita dan aku pun pegilah class mcm selalu..
dalam aku tunggu sorg member baik ni (B), member baik sorg lagi bgthu (A).
pendidik tu merajuk. sebab call dia byk-byk kali

rupanya member baik aku yang sorang ni si C call dia
nakkan pengesahan juga
kerana...
kami dpt tahu ada pelajar bawah penyeliaan dia bagitahu
dia sudah bercuti,
jadi, salah ke kami nak call, bertanyakan kepastian..
sudahnya kami pergi juga ke class tu...

lebih kurang 10minit selepas waktu class, dia mesej member aku si D
katanya, tak payah duduk lama-lama dalam kelas tu, nanti kena marah lagi dgn penyelia bangunan tu. pegilah balik.
lebih kurang gitu le bunyinya.

kami rasa bersalah, lalu
kami pun berjalanlah menuju ke biliknya untuk memohon maaf.
dia tak ada.ketuk pintu byk kali tak de respon.
kami keluar dari pejabatnya
kami berbincang...
lantas si C ni mesej pendidik tu..

kami nak mintak maaf.
dan nak ucapkan selamat bercuti, (sempena tahun batu cina)

dia tak reply... maka dengan rasa bersalah kami melangkah pulang..

tau apa jadi lepas tu???
si C bercerita pada aku dan B kat class petang tadi,
pendidik tu bercerita pada semua studentnya kami call dia byk2 kali
tanya ada class tak.
dan lebih mengejutkan!
pendidik tu kata
kami balik lepas tunggu dia 10 minit tak sampai2...
bayangkanlah..
ape rasanya kami ketika tu..

Allah saja yang mengetahuinya..
pulak tu nama member aku si C ni naik plak..
hailah...ada juga pendidik yang suka buat cerita, kan?

dalam kelas pendidik ni pun, selalu pendidik ni mengadu pada kami,
katanya,
pendidik-pendidik lain duk bercerita
tentang dia sewaktu mengajar dalam kelas.
sepanjang 6 sem aku kt sini, tak pernah sorang pun pendidik lain
duk bercerita keburukan dia.
dia yang cerita pada kami, adalah..
kami ni hanya mendengar sahaja.
tanpa respon. sekadar mendengar.

jadi, aku nasihatkan member-member aku si A, B, C dan D supaya bersabar...
mungkin pendidik ni salah paham dengan niat kita call dia..
tapi dia memang tak sepatutnya bercerita
tentang masalah ni pada semua student dia..
kadang-kadang ada benda yang perlu dirahsiakan..
jgnlah sebut nama kalau nak bercerita pun.
agak-agak la beb!

Wednesday, February 3, 2010

~take home test~

"what? take home test? oh no!!" kataku.
"iye, nim. take home" k. norly menegaskan.
"ni yang aku lemah ni."
"ko bace arahan dia nim.." arah ninie pula.

aku pun bacalah arahan yang diberikan....

"hah, 10 hal? hal tu ape?"tanya ku pada sahabat-sahabatku.
"10 halaman..."lemah sekali suara ninie.
"sepuluh!!! gile. bile due datenya?"
"entah ler, dr tak cakap lagi," jawab k.norly.
"ah sudah... tajuk apa ni?" aku membelek-belek kertas soalan dibahagian belakang. "ISU-ISU DALAM NOVEL KONTEMPORARI... wow, dahsyatnya soalan...masak ler"
"tau takpe!"serentak k.norly, ninie, k.nor, maznah, dan irma menjawab.

itu adalah situasi aku tadi sewaktu masuk ke dalam kelas isu-isu. dah la aku, k.nor, maznah, dan irma datang lambat. masuk-masuk saja dah dihulurkan kertas soalan. mereka mempermainkan kami, katanya test dalam kelas. mujur aku tak cepat panik, aku duduk dan tenangkan fikiran. dan berlakulah situasi tadi.

sepanjang tiga tahun pengajianku di bumi hijau ini, inilah kali pertama lec. buat test, take home test, mujurlah due date nya lambat lagi 12hb feb. 2010. ada lagi masa untuk aku dan rakan-rakanku mencari bahan. (bukan memang take home test hantar lambat ke?hehehe)

tak apalah sekurang-kurangnya aku belajar juga erti kesusahan menjawab soalan take home test ni, kan? jadi, aku kenalah mula mencari bahan dari sekarang. usaha tangga kejayaan!!!