Showing posts with label pandangan pertama. Show all posts
Showing posts with label pandangan pertama. Show all posts

Friday, April 15, 2011

pandangan pertama- part 3

fuh!! lama gile aku tak sambung cerita ni kan...
byk menda nak buat narnya. ok la, aku start semula cerita ni..
pandangan pertama part 1
dan ni
pandangan pertama part 2

so skrg aku nak sambung cerita part 3 plak..
part 2 abis time dia dtg jumpe aku ngn kawan dia...
time tu aku saje je ajak dia dating ngn aku,
kuar mkn mlm la kunun2nya.
tak sangka dia btol2 dtg...

tapi time tu aku da mkn da dengan senior aku tu,(kwn dia jgk lor)
tapi denk smgt nk jumpe dia aku pun siap2 la nk jumpe dia.
aku ingat lagi time tu aku pakai seba putih.
baju t-shirt putih
seluar putih
tudung pun putih

dia kata aku tersgtlah suci..
time tu aku pandang je muka dia time mkn. kunun takut terlupe la!!
(hishhh!!! xmalu punye pompuan)
hahaha...

serius time tu aku rase tersangat senang dengan dia.
lebih kurang sebulan lebih aku kawan dgn dia terjadi salah faham
antara aku dgn dia...

tapi dia tersangat cool!!!
rileks je dia menghadapi semua salah faham tu..
diterangkan dengan jelas pada aku walau masa tu aku
tersangat menyampah nk dengar.
tapi mcm aku ckp sblm ni...
suaranya mendamaikan aku, menenangkan aku, sampai aku khayal dengan dunia aku time tu..
akhirnya aku maafkan dia...

tapi dlm diam je, tak ckp pun aku maafkan dia...
hahaha... tah pape je kan??
selang dua tiga ari pas tu
ade lg mslh. kali ni aku yg melibatkan dia..
exboy aku dulu buat hal.
hutang!!! aku yang kene tanggung..
kurang ajar btol!!!
dia dah tinggalkan aku, ditinggalkannya sekali utang yang beribu.
sudahnya aku terpakse balik kg. nak settlekan prob aku ni...
siapa orgnya?? tentu2 si dia yang jd driver aku balik kg..


BERSAMBUNG>>>>

Tuesday, March 16, 2010

pandangan pertama-part 2

lama aku tak sambung entry ni kan???haha...
teruskan kisah selanjutnya..jgn nak melalut ok??

aku mengenali si dia dari seorang teman.
teman tersebut adalah senior ku.
dialah yang memperkenalkan dia pada ku...
hari itu adalah malam tahun baru 2009,
hah!! nak cerita ni perasaan aku time tu, ala aku biasa aje..
mcm tak ada apa-apa..slumber je..kehkehkeh...

seminggu berbual di telefon dengannya aku rasa suaranya sangatlah sedap didengar..
orang kata dari mata turun ke hati,
tapi aku dengar suara melekat terus di sanubari...
cewah..
satu malam tu, aku bersembang dengannya ditelefon sampai pukul 4pagi..
tak penah2 sumur hidup aku sembang sampai jauh malam...
akak senior tu pun da lena da tidur,
aku still lagi bersembang dengan dia..haha..tah pape je kan???
tulah kenangan antara aku dengan si dia..
esoknya aku pegi kelas dengan mata bengkak2...
ekekeke...

begitulah laluan hari ku..aku tenang saat mendengarkan suaranya,
dia sering memberikan kata2 semangat utk aku teruskan hidup, belajar bersungguh2
maklumlah time tu aku agak baru gaklah putus cinta dengan exboy aku dulu..
jiwaku semakin membrontak ingin melihat wajahnya.
aku dengan slumber meminta friendster, or pape yang dia ada. dia memberikan url my spacenya. aku dengan excitednya pun bukak la....
ceh!!!
dia tipu aku, dalam tu tak ada pon picnya...tapi yang ada cuma pic kereta dia saja dengan barang-barang kereta yang langsung aku tak kenal... hampeh je...
aku plak time tu ada friendster je, so aku bg la friendster aku kat dia...
dia pun excited gak..terus gak bukak..
bukan main dia puji aku..
hahaha..
kembang semangkuk aku time tu..
tapi aku still geram sebab tak dpt tgok pic dia...

aku terkena ni, jadi maghrib tu aku pun cakap la dengan si dia...
"asyik call je... tak nak jumpe saye ke?"
ayat skema gile time tu..
dia pun mcm takut2 je nak jumpe dengan aku, sudahnya.. dia dtg dengan kawan dia....

BERSAMBUNG>>>>

Wednesday, February 3, 2010

pandangan pertama - part 1

ini merupakan pengalaman ku sendiri. pengalaman pertama kali bertemu dengan si dia. si dia pada masa tu tidaklah sehensem mana bagiku, namun aku sangat suka melihat wajahnya yang penuh dengan cahaya keikhlasan. aku bukan jual mahal. tapi peristiwa lalu mengajarku erti kesakitan.

aku bukanlah jenis terlalu memilih. aku juga bukanlah jenis suka main kayu tiga. orang yang kenal aku pasti tau aku ini bagaimana orangnya. (tentu sekarang si dia sudah mengenali aku).

dek kerana desakan hati aku kata ya. maka aku pun memulakan langkah seterusnya. aku sememangnya percaya pada gerakan hati yang pertama. aku tidak pernah mendengar kata hati kedua atau ketiga. yang pertama. dek kerana yang pertama, maka pandangan pertama ku sudah suka, maka hingga kinilah aku bahagia bersama si dia...