Thursday, February 25, 2010

~update~

dah lama aku tak update blog aku.seminggu dua ni aku demam..batuk..selsema..memang satu situasi yang tak mampu aku hadapi dengan tenang. ianya membuatkan segala tugasanku tertangguh dengan begitu lama.. sejak kembali ke kampus hijau ni sudah dua kelas aku tidak hadiri. alasan: demam, batuk. takut berjangkit...huhuhu.. mujur pensyarahku mengerti penderitaan yang aku alami. semalam pun tutorial sahaja, student pun tak ramai jadi aku memberanikan diri menghadiri kelas tersebut. ada juga mata-mata yang menjeling saat melihat aku terbatuk-batuk sewaktu dalam bus menuju ke falkuti.

saat ni aku baru sudah menyelesaikan tugasan yang tergendala seminggu lalu. tugasan bertajuk
"CABARAN DALAM BAHASA MELAYU. jenuh aku mencari input berkaitan isu PPSMI dan MBMMBI. kini segalanya sudah selesai. tinggal cetak dan hantar pada pensyarah. aku suka isu-isu seperti ini, aku juga suka berdebat mengenai isu ni. aku pernah juga membuat wawancara bersama pengajar subjek tersebut untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai isu ini. kajian yang menyeluruh perlu dalam membuat analisisnya... akhirnya aku dan sahabatku berjaya juga menyudahkan isu ini dengan jayanya..insya allah..

selesai satu tugasan ada beberapa lagi tugasan yang menanti untuk disiapkan.. aku perlu kuat untuk siapkan semuanya ni..tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku selesaikan ijazahku di kampus hijau ini...yeah....!!!!! i like it!!!! past tu nak kawen..hahaha!!! gatal!!!!

Friday, February 12, 2010

~projek paper~

yeah..!!!! finally aku dah boleh mula buat dapatan kajian(analisis).. mmm.. ni la nasib budak bahasa, tak ada praktikel tapi projek ilmiahnya susah..tak apa, aku kena kuat hadapi ini semua...tinggal lagi beberapa minggu je aku nak tamatkan degree aku ni.. semoga aku kuat... minggu ke 14, aku kena bentang tajuk projek ilmiah aku ni kat dewan bahasa dan pustaka (DBP), kuala lumpur.. wohaaa..

cuak beb.. tak pernah lagi bentang or present depan orang ramai. selalu depan lecturer dan depan kawan-kawan je.. beranilah, ni tak taulah... insya Allah aku dapat kawal kegugupan aku..

so, cuti sem seminggu ni aku kena berhempas pulaslah nak siapkan analisis kajian aku ni.. sebenarnya aku sangat teruja nak buat analisis ni. ye la sem lepas proposal aku asyik kena reject je..ada je yang salah, yang tak kena di mata penyeliaku.. alhamdulillah sem ni beliau da tak reject-reject lagi proposal aku..hehe..syok!!

kawan-kawan aku yang lain dah hampir siap analisis.. aku jelah yang duk terkial-kial lagi nak siapkan analisis.. tak apalah sekurang-kurangnya walau aku yang paling lambat, aku dapat gak present kat dewan bahasa projek aku ni... dorang mana ada present-present.. hailah..bertuahnya aku...hmmm... :D sengeh sampai telinga...

aku nak kena rajin ni..nanti tak siap pulak analisis aku ni..hehe..
korang yang baca entry aku, wish me gud luck k? moga aku dapat siapkan yang terbaik...

Thursday, February 11, 2010

~ruwed ndasku~

aku roso koyok arep pitem. kerjaku okeh.. mau bengie aku turu pukul telu, meh pukul papat. tange ne pukul pitu, arek solat subuh. kaet kuei aku ora nggeletak... awak ea koyok kesel men.

haha..tergeliat lidah aku nak ngeje jawe ni..aduhai...

sebenarnya aku baru je setelkan satu asemen aku dan aku dah siap present pun tadi..subhannallah.. rasanya...byg jelah tido kul 3, bgun kul 7. dari tu tak tido langsung... dr pagi tak makan, dan padahnya gestrek aku dtg..huhuhu... time lepas present bru rasa lapar sgt2... nilah kalau suka wat kerja last minute... aku rasa kalau last minute tu idea mencurah-curah..hahha..ye ke???

skrg aku nk rest...konon2 nk g joging..tapi melihat pada keupayaan diri, aku rasa baiklah aku rest je..ni yang terbaik sebenarnya. .

aku nk rehatkan kepala otak aku yang aku rasa perlukan rehat sekarang ni. dr pagi tadi otak aku tak berehat dari memikirkan dan mengingati fakta-fakta untuk present kul 3 tadi...
sekarang segalanya dah setel...so bolehlah rileks kejap...

Wednesday, February 10, 2010

~bengang jer~

hari ni aku nak bercerita sikit pasal kisah aku hari ni...
aku bukan nak sakitkan hati sesape,
aku pun tak nak buat cerita macam-macam.
cuma ni la luahan hati aku sebagai pelajar kepada seorang pendidik.
dan aku tak salahkan semua pendidik.
dan aku pasti bukan semua pendidik macam yang akan aku ceritakan ni...

kisahnya begini...
hari ni kelas aku ada tiga subjek, satunya tutorial, masing-masing sejam-sejam...
pagi tadi aku mintak sorang kawan aku ni tuk call pendidik tu untuk kepastian
samada, ade class atau tidak...
tiga, empat kali baru jwb call...
dia kata ada. macam biasa.
ok aku terima berita dan aku pun pegilah class mcm selalu..
dalam aku tunggu sorg member baik ni (B), member baik sorg lagi bgthu (A).
pendidik tu merajuk. sebab call dia byk-byk kali

rupanya member baik aku yang sorang ni si C call dia
nakkan pengesahan juga
kerana...
kami dpt tahu ada pelajar bawah penyeliaan dia bagitahu
dia sudah bercuti,
jadi, salah ke kami nak call, bertanyakan kepastian..
sudahnya kami pergi juga ke class tu...

lebih kurang 10minit selepas waktu class, dia mesej member aku si D
katanya, tak payah duduk lama-lama dalam kelas tu, nanti kena marah lagi dgn penyelia bangunan tu. pegilah balik.
lebih kurang gitu le bunyinya.

kami rasa bersalah, lalu
kami pun berjalanlah menuju ke biliknya untuk memohon maaf.
dia tak ada.ketuk pintu byk kali tak de respon.
kami keluar dari pejabatnya
kami berbincang...
lantas si C ni mesej pendidik tu..

kami nak mintak maaf.
dan nak ucapkan selamat bercuti, (sempena tahun batu cina)

dia tak reply... maka dengan rasa bersalah kami melangkah pulang..

tau apa jadi lepas tu???
si C bercerita pada aku dan B kat class petang tadi,
pendidik tu bercerita pada semua studentnya kami call dia byk2 kali
tanya ada class tak.
dan lebih mengejutkan!
pendidik tu kata
kami balik lepas tunggu dia 10 minit tak sampai2...
bayangkanlah..
ape rasanya kami ketika tu..

Allah saja yang mengetahuinya..
pulak tu nama member aku si C ni naik plak..
hailah...ada juga pendidik yang suka buat cerita, kan?

dalam kelas pendidik ni pun, selalu pendidik ni mengadu pada kami,
katanya,
pendidik-pendidik lain duk bercerita
tentang dia sewaktu mengajar dalam kelas.
sepanjang 6 sem aku kt sini, tak pernah sorang pun pendidik lain
duk bercerita keburukan dia.
dia yang cerita pada kami, adalah..
kami ni hanya mendengar sahaja.
tanpa respon. sekadar mendengar.

jadi, aku nasihatkan member-member aku si A, B, C dan D supaya bersabar...
mungkin pendidik ni salah paham dengan niat kita call dia..
tapi dia memang tak sepatutnya bercerita
tentang masalah ni pada semua student dia..
kadang-kadang ada benda yang perlu dirahsiakan..
jgnlah sebut nama kalau nak bercerita pun.
agak-agak la beb!

Tuesday, February 9, 2010

~nasi goreng ayam best~

bagi sesiapa yang minat nasi goreng ayam macam aku
hah!!!
aku tau kat mana nasi goreng ayam special punya.

dulu aku kalau nak makan nasi goreng ayam
yang sedap giler mesti kena balik kampung.
sebab kat UPM ni tak ada nasi goreng ayam yang leh tandingi
nasi goreng ayam kt kampung aku.

kat sini semua nasi goreng ayamnya sama aje.
nasi goreng, pah tu buh ayam goreng,
then letak sos. tak mantap beb!!

kt kampung aku?
perrrrhhhh!!!!
mantap seh...hehe..
nasi goreng, pah tu ayamnya
digoreng dan dimasak. ala-ala masak merah gitu.
sedap giler..!!
tak sah kalau aku balik tak makan kat situ..

sabtu lepas balik dari perpustakaan negara bersama si dia
aku dengan si dia singgah makan kat
lot 10, kampung abu bakar baginda.
kat kedai no. 8.
nasi goreng ayam dia??
memang sedap sangat2..
dah dua kali aku makan kat situ sejak sabtu lepas..
hehe


ni pic. yang sempat aku snap..
(sebenarnya da tak tahan tengok nasi goreng ayamnya..)
haha..

so aku suggestkan sape2 yang suka nasi goreng ayam,
leh la cuba kat kedai tu..

aku suka makan kat situ sebab??
pelayan dia sangat peramah, baik,
dan servis pon leh tahan cepat..
lagi satu aku dah try laici kang dia, pun..perrrhhh!!!
sedap seh... ABC pun aku da cuba.. memang gila sedap la...
bila ye aku nak ajak si dia makan kat situ lagi..
mesti pelayan dia dah kenal kitorang dan ape febret kitorang..
wohaaaaa....

nak tau kenapa spesel??
ayam dia sedap..sosnya pun sedap.
ayam dia lembut..tak tau nak citer la..
nasi goreng dia pun sedap.
pedas, dan menepati cita rasa aku..
walau tak sama dengan yang kat kampung aku
tapi aku jumpe gak
nasi goreng ayam best kt selangor ni..



~tugasan~

aku mulai terasa bebanan kerja yang melonggok-longgok..
untuk cuti pertengahan semester ni juga, lec.
sudah memberi tugasan yang aku rasa sangat banyak.
dari tugasan berkumpulan sampailah kepada
tugasan individu yang menuntut perhatian yang sangat lebih.

aku perlu merancang jadual dengan baik sebelum cuti raya
cina ni. kerana kebanyakkan tugasan aku semuanya perlu di submit before
balik kampung.


mak ku yang tercinta..

sebenarnya kampung tu dah melaibai-lambai..
rindu aku pada mak dan anak-anak buah aku
yang comel-comel tu dah tak terbendung lagi...
mak..tunggu akak balik ye..
mamal dan zura.. tunggu cik anim balik ye..
rindu nak peluk korang..
aku pu rindu gak nak tidur peluk mak aku..
di UPM ni aku mampu peluk bantal je..
haha..


anak-anak buah kesayanganku..

tak apa, aku perlu selesaikan dulu tugsan aku ni sebelum
aku balik kampung..
  • tugasan ketrampilan berbahasa
  • tugasan analisis dan penyuntingan teks
  • tugasan projek ilmiah
  • take home test isu kesusasteraan
yeah..aku kena selesaikan semuanya secepat yang mungkin
sebelum jumaat ok!!!

~auto show~



bercerita tentang aktiviti ahad lalu, aku telah mengikuti si dia ke autoshow yang diadakan di banting, selangor. aktivitinya tidaklah banyak kerana autoshow tersebut merupakan acara sampingan sahaja. kereta yang bertanding juga tidaklah banyak mana jika nak dibandingkan dengan autoshow lain yang lebih besar.

ni adalah antara pictures yang sempat aku snap sewaktu berada di autoshow tersebut.


cantikkan kitty..



suasana sebelum hujan turun...



kitty police...

belum sempat acara berlangsung hujan turun dengan lebatnya... walau si dia juri tapi si dia dah cabut dulu.. maka, rakan si dialah yang menggantikan tempat si dia sebagai juri.. aku pun tak tau siapa yang menang. tapi aku rasa kategori produa kitty yang atas tu kot. dan kategori ekstream kitty police tu..sebab ekstream gila beb... agaknya jelah..sebab kereta lain yang bertanding kategori ekstream tidaklah semeriah kitty police tu..hehe..

apa-apa pun ni lah pengalaman aku yang pertama saat mengikutinya ke autoshow.


p/s: teringin nak pegi autoshow besar punyer!!!

Saturday, February 6, 2010

k.car life

mlm nie kte bramai2 gath kt mmz....mcm biasa lepak kt kdi mamak dgn mnm segelas teh panas bsama nasi lemak kepak....sungguh myelerakn....sambil2 tu blh bkenelan ngan ramai kwn2 dlm forum....blh tkr pndpt...tgk kete rakan2 yg lain...jual beli brg...dan lain2 lg....ape pon kcar mmg best...HIDUP KCAR....huuuureeeeeyyy!!!!!!!!

~lepak perpustakaan negara sudah~

pagi ni aku nak lepak-lepak perpustakaan negara... sambil-sambil buat kije, asemen, projek ilmiah, bace buku, or dating..hahaha..aku nak g dengan si dia. pukul 9 pagi nanti si dia akan ambik aku kat kolej..woha....aku sudah rindu sangat sama si dia sebenarnya...

walau si dia sibuk dengan kije, tapi kalau ajak pegi perpustakaan negara si dia layan saje... thanks my si dia..love u much.. you are my only one.. cewah.

sebenarnya aku nak pulang buku kat library tu.. da tiga minggu pinjam. kononnya nak buat, tapi aku punya penyelia masih belum nak jumpa aku, katanya minggu depan, minggu ni dia tersangatlah buzy.. metodologi aku da hantar, so aku nk try la buat analisis sikit-sikit kat library nanti...ecehceh... jangan dating saje udah le...hehehe..jumpe di library..

Thursday, February 4, 2010

~test + presentation~

hari ni aku ada test lagi..risaunya... insya Allah aku boleh jawab. aku baru je abis study tajuk-tajuk penting yang akan keluar dalam test nanti. esei wei... tak apa aku suka esei-esei ni..akukan suka buat-buat ayat. mengoreng-goreng pun kija aku juga..hehe..

lepas test aku ada presentation. gugup beb.. dah lama tak berucap dalam kelas.hehe.tak apa..akukan suka bercakap..tentu aku mampu mengawal gugup. gugupkan perkara biasa pada insan normal seperti kita...

good luck untuk diri aku sendiri..usaha tangga kejayaan. nak seribu daya, tak nak seribu dalih!!

Wednesday, February 3, 2010

~take home test~

"what? take home test? oh no!!" kataku.
"iye, nim. take home" k. norly menegaskan.
"ni yang aku lemah ni."
"ko bace arahan dia nim.." arah ninie pula.

aku pun bacalah arahan yang diberikan....

"hah, 10 hal? hal tu ape?"tanya ku pada sahabat-sahabatku.
"10 halaman..."lemah sekali suara ninie.
"sepuluh!!! gile. bile due datenya?"
"entah ler, dr tak cakap lagi," jawab k.norly.
"ah sudah... tajuk apa ni?" aku membelek-belek kertas soalan dibahagian belakang. "ISU-ISU DALAM NOVEL KONTEMPORARI... wow, dahsyatnya soalan...masak ler"
"tau takpe!"serentak k.norly, ninie, k.nor, maznah, dan irma menjawab.

itu adalah situasi aku tadi sewaktu masuk ke dalam kelas isu-isu. dah la aku, k.nor, maznah, dan irma datang lambat. masuk-masuk saja dah dihulurkan kertas soalan. mereka mempermainkan kami, katanya test dalam kelas. mujur aku tak cepat panik, aku duduk dan tenangkan fikiran. dan berlakulah situasi tadi.

sepanjang tiga tahun pengajianku di bumi hijau ini, inilah kali pertama lec. buat test, take home test, mujurlah due date nya lambat lagi 12hb feb. 2010. ada lagi masa untuk aku dan rakan-rakanku mencari bahan. (bukan memang take home test hantar lambat ke?hehehe)

tak apalah sekurang-kurangnya aku belajar juga erti kesusahan menjawab soalan take home test ni, kan? jadi, aku kenalah mula mencari bahan dari sekarang. usaha tangga kejayaan!!!

pandangan pertama - part 1

ini merupakan pengalaman ku sendiri. pengalaman pertama kali bertemu dengan si dia. si dia pada masa tu tidaklah sehensem mana bagiku, namun aku sangat suka melihat wajahnya yang penuh dengan cahaya keikhlasan. aku bukan jual mahal. tapi peristiwa lalu mengajarku erti kesakitan.

aku bukanlah jenis terlalu memilih. aku juga bukanlah jenis suka main kayu tiga. orang yang kenal aku pasti tau aku ini bagaimana orangnya. (tentu sekarang si dia sudah mengenali aku).

dek kerana desakan hati aku kata ya. maka aku pun memulakan langkah seterusnya. aku sememangnya percaya pada gerakan hati yang pertama. aku tidak pernah mendengar kata hati kedua atau ketiga. yang pertama. dek kerana yang pertama, maka pandangan pertama ku sudah suka, maka hingga kinilah aku bahagia bersama si dia...

~cemburu~

huhu..hari ini aku pegi kelas, kelas batal. lec ingat kelas kul 11...hampeh je..so apa lagi, aku pun balik la bilik ni.. tapi hari ini aku ada kisah yang ingin di kongsikan bersama.

soal temanku yang sering di landa masalah persahabatan. aku bukanlah kaunselor, tapi aku suka mendengar masalah orang, terutamanya mereka yang hampir dengan aku. dulu sering ku mendengar luahan hati ibuku, di bumi hijau ini, aku mendengar luahan sahabat ku.

kisahnya, cemburu, ku lihat dari kaca mataku, sahabatku ini sangat bertuah berbanding rakannya yang berdua tu.( ni kisah boyfriend la kononnya la..hehe)

kerana sabahatku ini sangat bertuah maka kemungkinan rakannya yang berdua tu cemburu. cemburukan kelebihannya. teman lelaki sahabatku ini merupakan pekerja kerajaan, yang dua orang lagi tu pun kerajaan gak, tapi kerja dalam hutan. teman lelaki sahabatku kerja di pejabat. so terdapatlah perbezaan.

perbezaan kedua pula ialah teman lelaki sahabatku ini kerjanya dekat dengan tempat belajar kami, manakala yang dua orang lagi tu aku tak pasti kat mana, tapi jauhlah yang aku tau. nak jumpa pun payah. sahabat ku pula nak jumpa senang. mungkin itulah yang dicemburukan. macam-macam perangai orang ni kan..

tapi mereka berdua tu pun sebenarnya turut cemburukan aku yang tersangat bahagia dengan si dia..hehe..(tak ada kena mengena ok).

kesimpulannya, aku hanya mendengar dan memberikan saranan supaya jangan ambil hati dengan apa yang mereka lakukan padanya, just think positive. mereka baru bercinta. macam tulah. sabar sajelah ye??semoga bahagia sahabatku..

~rindu~



rindu sama si dia... ke mana si dia?
rindu yang menyesakkan dada..
kalau aku


akan ku terbang
melihat si dia...

inginku mencipta bahagia



Tuesday, February 2, 2010

~kuliah hari ini~

kuliah ku untuk hari ini sejam sahaja. jadinya, malas rasenya aku nak ke class hari ini.
namun dek kerana pensyarah yang mengajar kami itu tidaklah terlalu membosankan.
class ku untuk hari ini adalah class ketrampilan berbahasa.
class yang menarik kerana pensyarahnya banyak mengajar
kami cara untuk tampil kehadapan berucap.

tugasan untuk kami juga adalah untuk berucap dihadapan rakan sekelas. bukan sesuatu yang senang sebenarnya mahu tampil ke hadapan dan berucap. giliranku masih belum tiba, jadinya aku ini adalah antara golongan yang tolong mentertawakan rakan yang berucap. nakal bukan aku ni?hehe...

khamis ini aku bercadang mahu tampil kehadapan dan berucap. semoga aku tidak terlalu gugup untuk berkata-kata nanti. pensyarahku kata gugup adalah perkara normal untuk orang normal seperti kita. permulaan bicara kita akan rase gugup, namun lepas 2 ke 3 minit berucap kita akan jadi santai. itu semua bergantung kepada pengalaman kita. jadi wish me good luck la ye...



si dia

cinta hatiku baru saja call tadi.rindu sangat dengan si dia. bilalah si dia nak datang jemput aku untuk tengok wayang. dah lama rasanya tak tengok wayang dengan si dia. wayang apa ya yang best waktu-waktu macam ni?mmm...

tapi si dia sibuk dengan perniagaannya. tak apalah aku tunggu sikit hari lagi untuk date dengan si dia...

hari ni aku rase sunyi sangat teman sebilikku ada kuliah sampai petang rasanya, aku pulak kuliah hari ni sejam saja. tu pun pukul 4pm.. lamanya 4pm.. perut punda berbunyi..makan apa sedap. tadi si dia pesan suruh makan, sebab aku belum makan ubat lagi untuk pagi ni..hehe...

baiklah si dia..nanti sayang makan ubat ye..rindu sangat si dia..

~bahagiamu bahagiaku~

terasa indah hidup ini saat si dia mengungkapkan kata-kata cintanya pada ku.oh tuhan.. diakah orangnya yang aku cari-cari selama ini? tahun lalu aku selamat bertunang dengan si dia. insya Allah tahun ini aku dan si dia akan diijabkabulkan...

bercerita tentang majlis perkahwinanku nanti, kakakku sudah beriya-iya mencadangkan itu dan ini, sedangkan aku hanya menurut. sebenarnya aku masih belum terfikirkan tentang perancangan majlis tersebut kerana aku kini sedang sibuk menyiapkan projek akhirku di bumi hijau UPM.

maafkan aku kak, bukan ku mahu melarikan diri dari segala persoalanmu, namun aku perlu memikirkan perkara yang lebih penting dalam hidupku. aku perlu berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan ijazahku nanti. seusai aku menyiapkan projek ku nanti, pasti aku akan merancang denganmu wahai kakakku yang tersayang. thanks untuk semua idea-ideamu. aku teruja..

~semalam adalah semalam~

dugaan datang dan pergi, Allah sentiasa menguji hambanya dengan pelbagai cara. aku pasti dengan pepatah yang mengatakan bahawa "Allah menguji hambaNya sekadar yang hambaNya terdaya menahan" makanya aku setakat ni harus kuat dengan dugaan yang datang. aku sangat pasti itu. semalam aku tak tau mengapa tubuhku rasa lemah seakan-akan tak terdaya aku mahu membawa diri menghadiri kuliah yang empat jam itu. sejam yang pertama kuliah adalah waktu ujian pertama untuk sem terakhir aku di bumi hijau ini, UPM. mujur jam kedua tiada kuliah. pensyarah itu seakan-akan memahami keadaan diriku yang lemah ini. Alhamdulillah...

jam ketiga dan keempat merupakan subjek untuk kuliah lain, saat menggembirakan apabila pensyarah mengumumkan markah untuk tugasan yang pertama dan ujian yang pertama. untuk tugasan kami, aku dan dua orang lagi rakanku mendapat markah paling tinggi, walaupun pada hakikatnya tidaklah setinggi mana 21/25 alhamdulillah... pensyarah menyukai tulisan kami, juga isi yang kami utarakan.(sebenarnya pada bahagian isi itu aku yang buat.dua orang lagi rakanku hanya membuat pendahuluan dan subtopik satu) tidak mengapa, yang baik kita kongsi bersama. ini merupakan kali pertama aku bekerjasama dengan mereka, mungkin kini baru aku tahu apa yang sering rakan-rakanku bicarakan tentang mereka sebelum ini. tugasan untuk pensyarah ini ada lagi tiga. mungkin aku mampu untuk memdidik mereka erti kerjasama. ye, aku pasti itu.

kuliah dua jam terakhir tidaklah panjang mana kerana pensyarah mengeluarkan kami awal. sekali lagi pensyarah seakan-akan memahami aku. aku yang sedang berperang dengan sakit kepala tatkala mendengar suaranya yang kuat (sebab aku duduk semeja dengan pensyarah, nak duduk belakang jauh sangat, jadi aku duduk la paling hadapan) jadi semalam adalah semalam dan hari ini aku perlu berjuang lagi.